Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Kuching mohon bantuan jejaki wanita hilang, Sharon Beatrice
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis Kuching mohon bantuan jejaki wanita hilang, Sharon Beatrice

Utusan Sarawak 11 hours ago
Sharon Beatrice, 24.

KUCHING: Ketua Polis Kuching, ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan seorang wanita berusia 24 tahun, Sharon Beatrice, yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.

Alexson berkata Sharon terakhir kali dilihat meninggalkan rumahnya berhampiran BDC di kawasan RH Plaza sekitar 12.00 tengah malam pada 16 November. Sejak itu, Sharon tidak dapat dihubungi dan usaha ahli keluarganya untuk menghubungi beliau juga gagal.

Sharon digambarkan memiliki ketinggian 152 cm dengan tubuh sederhana. Rambutnya hitam sederhana panjang dan terdapat tahi lalat di pipi kanan. Ketika terakhir kali dilihat, beliau memakai baju berwarna oren, seluar jeans biru dan membawa beg tangan hitam.

Alexson menggesa sesiapa yang pernah melihat Sharon atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya agar tampil segera.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi kakaknya, Juani, di talian 012-855 1993.

Beliau juga memohon orang ramai membantu menyebarkan maklumat ini bagi memudahkan usaha mencari Sharon secepat mungkin.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawas bakal jadi penyumbang ekonomi utara Sarawak
Next: Enam projek RTP 2025 siap diserah, bukti komitmen kerajaan perkukuh infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.