Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Beruang masuk pusat beli-belah Aeon di Akita, Jepun
  • GLOBAL

Beruang masuk pusat beli-belah Aeon di Akita, Jepun

Utusan Sarawak 16 hours ago
GAMBAR hiasan.

AKITA, Jepun: Seekor beruang memasuki pusat beli-belah milik gergasi peruncitan Aeon Co. di Wilayah Akita hari ini, menyebabkan kakitangan menutup laluan bagi menghalang pergerakannya sebelum pihak berkuasa tiba dan menakai haiwan itu, lapor Agensi Berita Kyodo.

Kejadian berlaku ketika waktu membeli-belah, namun semua pelanggan di dalam pusat beli-belah Aeon Noshiro di timur laut Jepun berjaya dibawa keluar  dengan selamat.

Seorang kakitangan membuat panggilan kecemasan kepada polis sekitar 11.20 pagi waktu tempatan untuk melaporkan kehadiran beruang itu, yang ditemukan berhampiran bahagian perabot di tingkat satu.

Haiwan itu ditembak dengan damak ubat pelali sebelum ditakai menggunakan kejutan elektrik lebih dua jam kemudian.

Polis menutup semua pintu masuk pusat beli-belah itu dan mengenakan sekatan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga beruang terbabit ditakai. Pusat beli-belah itu kekal ditutup sepanjang hari.

Seorang penduduk berusia 66 tahun yang datang untuk membeli-belah menyuarakan ketakutannya apabila melihat seekor beruang muncul di kawasan yang sesak sebegitu.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sakurajima meletus, hujan abu dijangka di Kagoshima
Next: Delhi rekod suhu minimum 8.7 darjah Celsius, kualiti udara terus merosot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.