Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PhD
  • PENDIDIKAN

Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PhD

Utusan Sarawak 20 hours ago
BEKAS pegawai tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, Mejar (B) Dr Kamarul Azman Jamaluddin, 79, (kanan) bersama warga emas kelahiran Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, Dr Abdul Hakim Arifin, 67, bergambar selepas masing-masing berjaya meraih Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada sesi kedua Majlis Konvokesyen ke-69 di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM hari ini. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Dua warga emas membuktikan usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu apabila menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-69 di sini hari ini.

Bekas Pegawai Tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, Mejar (B) Dr Kamarul Jamaluddin, 79, yang merupakan graduan Doktor Falsafah (PhD) paling tua menyifatkan perjalanan selama 10 tahun untuk menamatkan pengajian dalam bidang Kaunseling dan Psikologi mempunyai cabaran tersendiri.

“Perjalanan PhD yang bermula pada 2015 tidak mudah, malah mengambil masa panjang akibat pelbagai tekanan termasuk masalah kewangan dan beban penulisan tesis sehingga menyebabkan saya hampir berputus asa,” katanya ketika ditemui selepas konvokesyen itu.

Bapa kepada empat anak dan 15 cucu itu berkata sokongan penyelia, isteri dan keluarga memberi semangat kepada beliau untuk menghabiskan proses pembelajaran, selain bersyukur menerima tajaan Jabatan Agama Islam Johor serta bantuan zakat UTM yang meringankan beban kewangan dihadapinya.

Sementara itu, Dr Abdul Hakim Arifin, 67, dari Flores, Indonesia bersyukur menerima PhD dalam bidang Falsafah Arab walaupun berdepan cabaran kewangan dan komitmen keluarga selepas memulakan pengajian pada 2016. 

“Belajar bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga manfaat kepada semua selain menuntut ilmu juga tuntutan agama,” katanya yang berhasrat terus berkhidmat dalam bidang pendidikan di Malaysia dan Indonesia.

MESKIPUN diuji dengan masalah pendengaran sejak kecil, Muhammad Dhiauddin Ahmad Termizi, 29, (tengah) membuktikan bahawa ketabahan dan sokongan keluarga mampu mengatasi segala keterbatasan apabila beliau berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan Tahfiz di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Foto Bernama

Sementara itu, Muhammad Dhiauddin Ahmad Termizi, 29, membuktikan masalah pendengaran dihadapinya bukan penghalang untuk menamatkan pengajian PhD dalam Pendidikan Tahfiz, selain turut dianugerahkan Pelajar Terbaik Pascasiswazah.

 Muhammad Dhiauddin dari Temerloh, Pahang berkata sokongan keluarga termasuk isteri Siti Sarah Mohd Noor Haq Poh, 29, sebagai antara kunci kejayaan beliau, yang juga diuji dengan masalah pita suara sepanjang empat tahun menyiapkan tesis.

“Sejak kecil lagi saya mempunyai masalah pendengaran sebelah kiri yang disedari kerana bila ada yang memanggil dari jauh, saya tidak dapat memastikan dari mana panggilan datang.

“Bagaimanapun, saya mendapatkan rawatan lanjut pada usia 20 tahun dan doktor mengesahkan saraf bahagian telinga kiri bermasalah. Pada masa itu, saya memohon kad Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya. 

 Muhammad Dhiauddin mengakui masalah tersebut, adakalanya mengganggu emosi kerana berasa tertekan atau rendah diri, selain masalah pita suara menyebabkannya memilih untuk lebih berdiam diri semasa berada dalam majlis besar. 

-Bernama  

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Inisiatif pendidikan Sarawak bantu ringankan kos pengajian tinggi
Next: SeDidik perkasa pendidikan inklusif: Bahasa isyarat diperkenal, 3,000 kanak-kanak terlibat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.