Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • TBBC Sri Aman raih prestasi cemerlang di Twins Championship 103
  • SUKAN

TBBC Sri Aman raih prestasi cemerlang di Twins Championship 103

Utusan Sarawak 13 hours ago
PRESIDEN TBBC Sri Aman, Awangku Hafizi Awang Azahari

SIMANGGANG: Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman mencatat pencapaian cemerlang dengan meraih tiga pingat emas dan tujuh pingat perak dalam Kejohanan Tinju ‘Twins Championship 103’ yang berakhir di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, semalam.

Tiga pingat emas diraih oleh Ah Meng dalam kategori terbuka 76–80kg, Zulkarnain Iswandy (51–55kg) dan Mohammad Zakwan Kamaruddin (51–55kg).

Sementara itu, tujuh pingat perak disumbangkan oleh Dennis (86–90kg), Alvin Bong (61–65kg), Muhammad Irfan Mohamad Ishak (56–60kg), Lazerius Chung Huang Sheng (56–60kg), Tristan Aeden Minggu (66–70kg), Rozmey (61–65kg) serta Mohammad Zakwan Kamaruddin dalam kategori tambahan bawah 16 tahun.

Presiden TBBC Sri Aman, Awangku Hafizi Awang Azahari menjelaskan bahawa persiapan menghadapi kejohanan ini dilakukan secara intensif selama sebulan.

Pemilihan petinju dibuat dengan ketat kerana beberapa calon dari kalangan pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beberapa bintang TBBC tidak diturunkan kali ini kerana kelab menekankan keutamaan terhadap akademik pelajar.

PASUKAN TBBC Sri Aman meraih tiga pingat emas dan tujuh pingat perak dalam Kejohanan Tinju ‘Twins Championship 103’ yang berakhir di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, semalam. Foto: TBBC Sri Aman

Menurut beliau, tahap persaingan di peringkat kelab dan kejohanan memang sengit. Hanya petinju yang menepati standard yang ditetapkan barisan kejurulatihan diberi peluang.

Kejohanan ini juga memberikan pendedahan tinggi kepada para petinju dan membantu mereka mengukur kemampuan sendiri di pentas yang lebih kompetitif.

Awangku Hafizi turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pengurusan kelab, barisan kejurulatihan, keluarga TBBC, penaja serta komuniti Simanggang yang sentiasa memberikan sokongan.

“Kami melangkah ke gelanggang bukan sekadar untuk bertarung, tetapi untuk membuktikan bahawa usaha, disiplin dan semangat kental mampu membawa anak-anak Sri Aman berdiri megah di pentas tinju,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

TBBC sekali lagi menunjukkan taringnya dengan berjuang habis-habisan, menghormati lawan, fokus pada teknik dan menonjolkan keberanian.

Setiap petinju naik ke gelanggang dengan satu tujuan mengharumkan nama Sri Aman dan membuktikan bahawa bakat belia luar bandar mampu berdiri setaraf dengan yang terbaik.

Perjalanan TBBC masih jauh, namun dengan semangat yang ada, kelab ini dijangka terus melangkah lebih kuat, lebih berani, dan lebih hebat pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Beregu badminton wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah muncul juara Masters Jepun 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.