Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif KEMAS bantu kenal pasti keperluan masyarakat luar bandar — Nanta
  • Utara
  • WILAYAH

Inisiatif KEMAS bantu kenal pasti keperluan masyarakat luar bandar — Nanta

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERASMIAN….Nanta menyempurnakan Program Santunan Desa Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Rumah Jawa, Nanga Sangin, Sungai Amang, hari ini.

KAPIT: Program Santunan Desa Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjadi platform penting untuk mendekati masyarakat setempat dan memastikan mereka sentiasa mengetahui rancangan serta dasar kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif seperti ini turut membolehkan kerajaan mengenal pasti bentuk bantuan yang sesuai untuk disalurkan kepada penduduk luar bandar.

“Program tersebut berjaya mengukuhkan hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan melalui kerjasama erat, yang akhirnya menyumbang kepada keharmonian serta perpaduan sosial,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan program tersebut di Rumah Jawa, Nanga Sangin, Sungai Amang, hari ini.

Majlis itu turut meriah dengan penyertaan beberapa agensi kerajaan sebagai pempamer dan kehadiran wakil daripada lebih 30 rumah panjang.

BERSAMA RAKYAT….Nanta merakam kenangan pada Program Santunan Desa Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Rumah Jawa, Nanga Sangin, Sungai Amang, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KEMAS Sarawak dan KEMAS Kapit atas komitmen menganjurkan program tersebut, yang menurutnya mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat luar bandar.

“Kapit telah menikmati pelbagai pembangunan sepanjang tahun hasil usaha kerajaan dahulu dan kini.

“Saya mengingatkan masyarakat tentang kepentingan melengkapkan diri dengan ilmu sebagai benteng daripada pengaruh negatif luar, terutamanya yang disebarkan melalui media sosial,” ujarnya.

Mengimbas perjalanan politiknya, Ahli Parlimen Kapit itu berkata, banyak pencapaiannya bermula daripada penglibatan awal bersama KEMAS, sebuah institusi yang telah lama bertapak di negeri ini namun perlu terus diperkasakan bagi memenuhi keperluan semasa.

Beliau menggesa KEMAS dan agensi berkaitan untuk terus komited meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, sambil menegaskan bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan infrastruktur fizikal, tetapi juga ketahanan mental dan hubungan sosial.

Nanta turut menarik perhatian kepada beberapa projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan, termasuk pembinaan jalan dari Nanga Serau, Rumah Bukit, serta jajaran baharu sepanjang 72 kilometer dari jambatan Batang Rajang berhampiran Nanga Yong menuju Nanga Seranau, yang bakal meningkatkan lagi jaringan perhubungan bagi penduduk Kapit.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: CERT 2.0 perkasa komuniti Spaoh, Betong jadi barisan hadapan bencana
Next: Kursus Asas Pertolongan Cemas 2025 perkukuh kesedaran keselamatan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.