Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Inisiatif pendidikan Sarawak bantu ringankan kos pengajian tinggi
  • PENDIDIKAN

Inisiatif pendidikan Sarawak bantu ringankan kos pengajian tinggi

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK ALBUM… ADUN Daro, Safiee Ahmad (duduk tengah) merakam kenangan bersama peserta yang hadir pada Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Sarawak di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini.

SIBU: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh usaha memastikan golongan pelajar, termasuk di kawasan pedalaman tidak tercicir daripada memanfaatkan pelbagai inisiatif pendidikan menerusi penganjuran program jangkauan di seluruh negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata program berkenaan berperanan menyampaikan maklumat berkaitan insentif kerajaan secara lebih tersusun, sekali gus memastikan masyarakat benar-benar memahami bantuan yang tersedia.

“Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif sejak sekian lama, namun hari ini tumpuan lebih diberikan kepada golongan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taklimat Inisiatif Pendidikan Sarawak di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini, hari ini.

Safiee berkata program jangkauan berkenaan kini memasuki siri kesembilan dan kerajaan negeri akan meneruskannya dalam siri seterusnya bagi memastikan semua lapisan masyarakat menerima maklumat dengan tepat.

TAHNIAH… ADUN Daro, Safiee Ahmad (empat dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang pelajar semasa Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Sarawak di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini.


Menurutnya, pendekatan turun padang seperti itu penting bagi mengelakkan pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta daripada terlepas peluang menikmati inisiatif disediakan kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pelaksanaan program libat sama bersama ketua masyarakat, ketua kaum dan pemimpin akar umbi turut diperluas bagi memberi penerangan khusus kepada penduduk luar bandar yang mungkin kurang terdedah kepada maklumat mengenai insentif tersebut.

“Sebagai wakil rakyat, setiap kali mengadakan program di kawasan masing-masing, kami memastikan maklumat ini disampaikan kerana inisiatif kerajaan memberi manfaat nyata kepada rakyat,” katanya.

Safiee berkata isu kos pembiayaan pengajian tinggi masih menjadi kebimbangan utama masyarakat luar bandar, namun kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan beban tersebut.

Antaranya, katanya, termasuk pendidikan percuma, subsidi penginapan RM200 sebulan selama tiga tahun, serta bantuan kewangan sehingga RM15,000 setahun bagi keluarga B40 yang benar-benar memerlukan.

“Inisiatif ini menggambarkan keprihatinan kerajaan Sarawak dalam membangunkan modal insan, selari dengan pembangunan sumber asli negeri. Dengan keseimbangan kedua-duanya, kita mampu mencapai status lebih maju menjelang 2030,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerjasama Sarawak–UBC tingkatkan pembangunan bakat, inovasi perlombongan hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.