Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah tinggi Ba’kelalan berpotensi jadi destinasi agropelancongan
  • Utara
  • WILAYAH

Tanah tinggi Ba’kelalan berpotensi jadi destinasi agropelancongan

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENELITI PROGRAM… Baru Bian kelihatan meneliti program MOTAC bersama komuniti di kawasan DUN Ba’kelalan.

LAWAS: Cuaca dingin dan kehijauan semula jadi di kawasan tanah tinggi di sini, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan, menjadikan kawasan ini amat menarik untuk dikunjungi.

Keadaan ini menjadikan Ba’kelalan sesuai dibangunkan sebagai destinasi pelancongan setaraf dengan Cameron Highland, Genting Highland, mahupun Kundasang di Sabah.

Keunikan budaya tempatan, alam sekitar, serta kepelbagaian flora dan fauna merupakan antara tarikan utama yang mampu menjadikan Ba’kelalan destinasi tanah tinggi sejuk yang menarik di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’kelalan, Baru Bian, berharap Kementerian Pelancongan dan Lembaga Pelancongan Sarawak dapat merangka pelan pembangunan pelancongan yang holistik dan mampan bagi kawasan berkenaan.

“Saya amat berharap agar pihak kementerian dan lembaga pelancongan dapat menyediakan pelan pembangunan yang konkrit.

“Dengan perancangan betul, kawasan ini berpotensi menjadi versi Sarawak bagi Cameron Highland, Genting Highland, atau Kundasang di Sabah, sebuah destinasi tanah tinggi yang sejuk, hijau, dan maju dengan agro serta ekopelancongan.

RASMI PROGRAM… Baru Bian memukul gendang tradisi Lun Bawang sebagai simbolik perasmian sambil disaksikan (ketiga dari kiri) Debbie Jenggut Nyelang.

“Semoga program ini memberi inspirasi kepada kerjasama baru dan usaha lebih besar dalam pembangunan pelancongan di tanah tinggi Lawas,” katanya pada perasmian Program MOTAC Bersama Komuniti (PMBK) Sarawak, di Hotel Seri Malaysia Lawas, hari ini.

Kawasan tanah tinggi Ba’kelalan juga terkenal dengan pelbagai produk pertanian seperti beras Adan, nenas manis, garam gunung, kraf tangan tradisi, serta pelbagai tanaman beriklim sejuk sederhana yang tidak ditemui di kawasan tanah rendah.

Hadir sama Pengarah Pejabat MOTAC Sarawak, Debbie Jenggut Nyelang, Setiausaha Politik kepada Premier, Sam Laya, dan beberapa kenamaan tempatan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki ditemukan di bilik mandi, bomba bantu polis buka pintu dan dinding
Next: ADUN Kalaka tekankan projek pembangunan perlu siap mengikut jadual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.