Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pelakon terkenal Hong Kong Simon Yam tiba di Kuching sempena AIFFA 2025
  • HIBURAN

Pelakon terkenal Hong Kong Simon Yam tiba di Kuching sempena AIFFA 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
PELAKON terkenal Hong Kong, Simon Yam (kiri), tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam ini bagi menghadiri Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) edisi ketujuh, yang bakal berlangsung di Kuching, hujung minggu ini.

KUCHING: Pelakon terkenal Hong Kong, Simon Yam, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam ini bagi menghadiri Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) edisi ketujuh, yang bakal berlangsung di ibu negeri Sarawak hujung minggu ini.

Kehadiran bintang terkenal itu menandakan bermulanya suasana penuh glamor bagi acara perfileman berprestij yang menghimpunkan bintang-bintang dari seluruh rantau ASEAN.

Simon Yam ialah pelakon, penerbit dan bekas model dari Hong Kong yang sangat terkenal dalam industri filem Asia. Bermula sebagai model, kemudian menjadi pelakon TVB pada akhir 1970-an sebelum beralih ke filem.

AIFFA 2025 yang berlangsung selama tiga hari di sini bukan sekadar acara meraikan filem, tetapi juga menjadi platform menghimpunkan pengarah, jurukamera, pelakon, selebriti, pelajar filem serta peminat industri perfileman ASEAN untuk bertukar pandangan dan memperkaya pengetahuan dalam dunia seni visual.

Selaras dengan transformasi digital dan evolusi teknologi tinggi Sarawak, AIFFA kali ini memberi tumpuan kepada perkembangan pesat teknologi dalam industri perfileman serantau. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang festival ini, termasuk sesi wacana, tayangan filem dan acara kemuncak iaitu malam pengiktirafan pemenang Anugerah AIFFA 2025.

Penganjur menjangkakan kehadiran ramai selebriti ternama serta filem-filem hebat yang bukan sahaja mencipta kejayaan di peringkat ASEAN, malah turut menembusi anugerah berprestij antarabangsa.

AIFFA terus menjadi bukti bahawa Sarawak bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi juga pusat penting dalam mengangkat martabat industri perfileman rantau ini ke peringkat dunia.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Persembahan sulung Radja, Wali bersama bakal gegar peminat Malaysia 10 Januari depan
Next: AIFFA 2025 berlangsung meriah bertemakan ‘Di Bawah Sinar Bintang’ di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.