Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program kemahiran CIDB dan ABM buka peluang keusahawanan di Kampung Saai
  • Tengah
  • WILAYAH

Program kemahiran CIDB dan ABM buka peluang keusahawanan di Kampung Saai

Utusan Sarawak 6 hours ago
TERIMA KASIH….Wakil Balai Raya Kampung Saai menerima sumbangan penyaman udara daripada CIDB dan ABM. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

TANJUNG MANIS: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bersama Akademi Binaan (ABM) Wilayah Sarawak memperkukuh jalinan dengan komuniti luar bandar melalui penganjuran program kemahiran dan keusahawanan selama dua hari di Kampung Saai.

Program yang berlangsung dari 10 November hingga semalam itu bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat, khususnya golongan belia, mengenai peluang dalam bidang keusahawanan serta kemahiran teknikal, dengan fokus kepada latihan pemasangan dan servis penyaman udara.

Inisiatif ini merupakan hasil cadangan dan sokongan daripada Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis yang memainkan peranan penting dalam menghubungkan komuniti Kampung Saai dengan pihak CIDB dan ABM bagi merealisasikan pelaksanaannya.

Seramai 20 peserta dari Kampung Saai, Kampung Semop dan Kampung Kut menyertai kursus berkenaan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada CIDB dan ABM.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada peluang dalam bidang keusahawanan serta kemahiran teknikal, khususnya dalam pemasangan dan servis penyaman udara.

 UNTUK ALBUM….Para peserta bergambar bersama Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, pihak CIDB dan ABM. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

Selain itu, CIDB dan ABM turut membuka gerai pendaftaran bagi kemasukan pengambilan pertama 2025 kepada para belia yang berminat untuk menyertai latihan kemahiran di bawah program anjuran kedua-dua agensi tersebut.

Inisiatif ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan belia setempat.

Sebagai tanda sokongan kepada komuniti setempat, CIDB dan ABM turut menyumbangkan dua unit penyaman udara untuk kegunaan Balai Raya Kampung Saai.

 PENYAMAN UDARA….Penyaman udara dipasang di Balai Raya Kampung Saai. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis.

Program ini turut menerima kerjasama penuh daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Saai, termasuk dalam penyediaan lokasi dan dan penyertaan peserta tempatan.

Di majlis penutupan, semua peserta menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan penyertaan aktif mereka.

Majlis perasmian penutupan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, mewakili Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Abdul Rahman Ahmad.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Beberapa jalan di Bintangor ditutup sementara sempena Powerboat Race 2025
Next: Penduduk digesa lapor segera longkang tersumbat elak banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.