Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pengawal keselamatan miliki pedang samurai di tempat awam dipenjara lima tahun
  • MAHKAMAH

Pengawal keselamatan miliki pedang samurai di tempat awam dipenjara lima tahun

Utusan Sarawak 1 day ago

KUCHING: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki sebilah pedang samurai serta pisau di tempat awam.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Noor Abdullah, 39, mengaku melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Ban Hock di sini pada 6.45 pagi 8 November lepas.

Ahmad Noor, yang berasal dari Lundu, disabitkan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan diarah menjalani hukuman bermula tarikh tangkap iaitu pada 8 November.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota dari Balai Polis Padungan telah memeriksa sebuah kereta yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Polis menjumpai sebilah pisau di ruang penyimpanan di antara kerusi hadapan dalam kereta milik tertuduh itu dan pemeriksaan lanjut pada bahagian atas tempat duduk belakang menemukan sebilah pedang samurai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama

Continue Reading

Previous: Saksi dedah tulis kisah persahabatan dalam diari bersama Zara Qairina
Next: Inspektor Sheila didakwa lagi atas tuduhan halang tugas anggota polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.