Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Terkini: UPKO keluar daripada Pakatan Harapan
  • NASIONAL

Terkini: UPKO keluar daripada Pakatan Harapan

Utusan Sarawak 1 day ago

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta, kata Setiausaha Agungnya Datuk Nelson W Angang.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO hari ini dan keputusan berkenaan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti komponen PH yang lain.

“Setelah mempertimbangkan penyertaan dalam PH selama empat tahun dan seruan rakyat Sabah agar penyatuan parti-parti tempatan Sabah dimulakan melalui pilihan raya ini, maka Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO memutuskan untuk mengundur diri daripada PH serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, tarikh penamaan calon pula pada 15 Nov manakala tarikh pengundian awal pada 25 Nov.

Pada PRN Sabah pada 2020 menyaksikan UPKO bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun hanya memenangi satu kerusi iaitu DUN Kadamaian menerusi Presiden parti itu Datuk Ewon Benedick.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ahmad Maslan terima PhD dalam bidang Komunikasi pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-38
Next: Gas asli disalur ke Sarawak menerusi GSA, terma dan syarat komersial – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.