Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 708 OKU berdaftar di Sri Aman sejak 2020, ADUN Lingga gesa lebih ramai buat pendaftaran
  • WILAYAH

708 OKU berdaftar di Sri Aman sejak 2020, ADUN Lingga gesa lebih ramai buat pendaftaran

Utusan Sarawak 19 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa hadir merasmikan Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Sri Aman yang diadakan di Dewan Suarah Sri Aman, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Seramai 708 Orang Kurang Upaya (OKU) direkodkan berdaftar di Bahagian Sri Aman dari 2020 hingga Oktober tahun ini melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lubok Antu.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, yang memaklumkan bahawa pendaftaran OKU penting bagi memastikan golongan berkenaan menerima hak dan kemudahan yang telah disediakan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Sri Aman yang diadakan di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Sri Aman dianjurkan lebih awal berbanding tarikh rasmi 3 Disember yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari OKU Antarabangsa sejak 1992.

 ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa hadir merasmikan Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Sri Aman yang diadakan di Dewan Suarah Sri Aman, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Menurutnya, sehingga Disember 2024, Malaysia merekodkan 75,1421 OKU berdaftar di bawah tujuh kategori ketidakupayaan berdasarkan Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU).

Dayang Noorazah turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku penganjur sambutan pada tahun ini, sambil menekankan bahawa program itu menjadi platform penting meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak dan keterangkuman OKU.

Beliau menjelaskan bahawa pemegang kad OKU berpeluang menikmati hampir 30 kemudahan dan keistimewaan yang disediakan kerajaan dan pihak swasta, namun masih ramai yang belum mendaftar.

“Saya menyeru masyarakat membantu golongan OKU untuk berdaftar agar mereka tidak tercicir daripada manfaat dan sokongan yang tersedia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Sri Aman mempunyai empat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu PDK Sri Aman, PDK Lingga, PDK Stumbin dan PDK Batang Ai, yang memainkan peranan penting memberi pemulihan awal kepada kanak-kanak OKU, khususnya dalam kategori masalah pembelajaran.

Majlis hari ini turut disertai pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, SMK Lingga serta peserta dari Bahagian Betong.

Dayang Noorazah berharap sambutan tersebut terus menyemarakkan semangat masyarakat MADANI untuk memperjuangkan hak, peluang dan akses sama rata kepada golongan OKU agar mereka tidak tersisih dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 48 peserta sertai Program Asas Anyaman, perkasa ekonomi wanita
Next: Mangsa keletihan mendaki di Bukit Lambir berjaya diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.