Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Standard kebersihan premis makanan perlu diseragam, dapur dan tandas turut dinilai
  • TEMPATAN

Standard kebersihan premis makanan perlu diseragam, dapur dan tandas turut dinilai

Utusan Sarawak 2 days ago
Johnny Pang merakam gambar pengusaha premis makanan dan wakil agensi terlibat selepas sesi Taklimat Keselamatan dan Kebersihan Premis Makanan di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu hari ini.

BINTULU: Sistem penggredan kebersihan premis makanan perlu diseragamkan bagi memastikan setiap gred yang diberikan mencerminkan tahap kebersihan sebenar sesebuah kedai makan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu), Johnny Pang Leong Ming.

Beliau berkata, penilaian kebersihan pada masa ini tidak boleh hanya bergantung pada keadaan ruang makan atau bahagian luar premis, sebaliknya mesti meliputi pemeriksaan menyeluruh termasuk dapur dan tandas.

“Biasanya kita ada gred A, B dan C untuk kedai kopi atau restoran. 

“Namun pada masa akan datang, saya mahu penilaian dibuat secara keseluruhan.

“Jangan hanya lihat luar yang nampak bersih tetapi dapur dan tandas tidak diteliti,” katanya selepas sesi Taklimat Keselamatan dan Kebersihan Premis Makanan di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

Johnny Pang melawat pempamer sebelum menghadiri sesi Taklimat Keselamatan dan Kebersihan Premis Makanan di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu hari ini.

Johnny Pang berkata, langkah itu memerlukan kerjasama lebih erat antara pengusaha premis makanan dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi memastikan setiap aspek penilaian lebih tepat dan konsisten.

“Jika sebuah premis diberi gred A, maka semua bahagiannya mesti benar-benar mencapai tahap gred A. 

“Sama seperti hotel lima bintang. Jangan ada restoran dua bintang, ‘coffee house’ tiga bintang, tetapi akhirnya diberi lima bintang.

Johnny Pang melawat pempamer sebelum menghadiri sesi Taklimat Keselamatan dan Kebersihan Premis Makanan di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu hari ini.

“Kita perlu satu standard yang jelas,” tegasnya.

Menurut beliau, penyelarasan sistem gred ini penting bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang lebih yakin ketika memilih tempat makan.

“Apabila pelanggan masuk ke kopitiam gred A, mereka tahu ia benar-benar kelas pertama. 

“Begitu juga bagi gred B yang perlu menggambarkan tahap sebenarnya. 

“Jadi, sesi dialog (taklimat) hari ini merupakan permulaan yang baik,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesona budaya India ceriakan pentas Little Miss Bollywood Sarawak 2025
Next: Belia sukarelawan ceriakan Kampung Mesra Bako dengan mural

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.