Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pegawai kanan disiasat atas dakwaan salah laku, direhatkan serta-merta – KSN
  • NASIONAL

Pegawai kanan disiasat atas dakwaan salah laku, direhatkan serta-merta – KSN

Utusan Sarawak 9 hours ago
KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

PUTRAJAYA: Seorang pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian telah direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian.

“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Azri berkata sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau berkata kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku melibatkan pegawai awam.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPWKM perkukuh peranan bapa melalui Pakej KASIH MADANI 2.0
Next: PRN Sabah: BN umum 41 calon, gandingan muka baharu dan lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.