Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek SK Syed Othman dijangka siap Mei 2026 – Chiew
  • Utara
  • WILAYAH

Projek SK Syed Othman dijangka siap Mei 2026 – Chiew

Utusan Sarawak 21 hours ago
AHLI Parlimen Miri,  Chiew Choon Man semasa menyampaikan amanat pada majlis perlepasan  Rentas Desa SK Syed Othman Miri 2025 di Taman Bulatan, baru-baru ini.

MIRI: Projek pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Othman yang sebelum ini tertangguh dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2026, kata Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, berkata selepas beberapa tahun tertangguh, projek berkenaan kini menunjukkan perkembangan positif di bawah kontraktor penyiap yang dilantik pada April tahun ini.

“Kita mahu pastikan projek ini berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan lagi. Saya akan terus memantau kemajuan pembinaan supaya sekolah ini dapat digunakan semula secepat mungkin,” katanya  selepas merasmikan perlepasan  Rentas Desa SK Syed Othman Miri 2025 di Taman Bulatan di sini,  baru-baru ini.

Menurut Chiew, sebelum ini kontraktor asal telah ditamatkan pada tahun 2022 disebabkan kegagalan menyiapkan projek mengikut jadual, menyebabkan guru dan murid terpaksa menumpang di sekolah berhampiran sejak beberapa tahun lalu.

MELEPASKAN…Ahli Parlimen Miri,  Chiew Choon Man semasa melepaskan peserta Rentas Desa SK Syed Othman Miri 2025 di Taman Bulatan, baru-baru ini.

“Walaupun berdepan kekangan ruang dan kemudahan asas, semangat guru serta murid tetap tinggi untuk terus belajar. Ini satu perkara yang saya sangat hargai,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Chiew turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada pihak sekolah bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar.

Program Rentas Desa SK Syed Othman 2025 yang diadakan setiap tahun itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat, disiplin serta semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

Chiew berkata, aktiviti luar bilik darjah seperti rentas desa bukan sahaja menguji ketahanan fizikal pelajar, malah memperkukuh nilai kerja berpasukan dan semangat juang.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Guru Besar sekolah, Hayati Salleh, Yang Dipertua PIBG, Mohd Syukri Bosri, barisan guru dan ibu bapa yang hadir memberi sokongan moral kepada peserta.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka tekankan bakat dan kesungguhan atlet mampu harumkan nama negara
Next: Taklimat projek mitigasi banjir Kabong: Penyelesaian jangka panjang diperinci 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.