Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • China tauliahkan kapal pengangkut pesawat baharu Fujian dalam perkhidmatan
  • TEKNOLOGI

China tauliahkan kapal pengangkut pesawat baharu Fujian dalam perkhidmatan

Utusan Sarawak 22 hours ago
KAPAL… China telah mentauliahkan kapal pengangkut pesawat pertama yang dibangunkan sepenuhnya di dalam negara, Fujian hari ini.

BEIJING: China telah mentauliahkan kapal pengangkut pesawat pertama yang dibangunkan sepenuhnya di dalam negara, Fujian, ke dalam perkhidmatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Presiden Xi Jinping menerima satu bendera istiadat semasa upacara pentauliahan kapal itu di pulau selatan Hainan pada Rabu, yang dihadiri lebih 2,000 anggota tentera laut, menurut laporan televisyen negara hari ini.

Xi, juga selaku Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat yang memimpin Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), kemudiannya melakukan pemeriksaan ke atas kapal berkenaan.

Fujian, yang dinamakan sempena wilayah tenggara China, merupakan kapal pengangkut pesawat ketiga negara itu selepas Shandong dan Liaoning.

Walaupun Shandong dibina di China, reka bentuknya diadaptasi daripada model Soviet. Liaoning pula, kapal pengangkut pesawat pertama China, dibeli dari Ukraine pada 1998.  

Imej Fujian mula muncul pada 2022.

Beberapa minggu lepas, kapal sepanjang lebih 300 meter dengan anggaran berat sekitar 80,000 tan itu berlayar ke Laut China Selatan bagi menjalani ujian akhir dan kini berlabuh di Sanya, Hainan.

Dengan pengoperasian Fujian, China ingin menonjolkan usaha pemodenan ketenteraan yang digerakkan Xi, khususnya dalam memperkukuh armada laut yang kini antara terbesar di dunia.

Kapal pembawa pesawat baharu itu juga berfungsi sebagai simbol kekuatan China di Pasifik barat, wilayah di mana Amerika Syarikat mengekalkan beberapa pangkalan tenteranya.

Dengan Fujian, Beijing kini menutup jurang teknologi dengan Amerika Syarikat kerana kapal itu dilengkapi sistem pelancar elektromagnet baharu – teknologi yang sebelum ini hanya digunakan oleh Amerika Syarikat menerusi kapal USS Gerald R. Ford.

-Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Universiti Teknologi Swinburne Sarawak rancang pusat penyelidikan pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.