Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah singgah luangkan masa di Restoran Haji Bujang
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah singgah luangkan masa di Restoran Haji Bujang

Utusan Sarawak 12 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah singgah minum pagi di warung makan Restoran Haji Bujang yang terletak di tengah pekan Lundu, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

LUNDU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi singgah minum pagi di warung makan Restoran Haji Bujang yang terletak di tengah pekan Lundu, dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem Daerah Lundu, pagi tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut mesra oleh wakil Pegawai Daerah Lundu, Mohd Isa Limon, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norasikin dan Ketua Polis Daerah Lundu Superintenden Sudirman Kram.

Restoran Haji Bujang merupakan destinasi wajib untuk disinggahi oleh Tun Wan Junaidi setiap kali berkunjung ke Lundu sejak beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen lagi.

Restoran ini juga sinonim dengan masyarakat setempat dan terkenal dengan sajian pelbagai hidangan seperti laksa Sarawak, Mi Jawa, Mi Kolok dan masakan Melayu tradisional.

TOH Puan Fauziah merakamkan gambar kenangan semasa singgah minum pagi di warung makan Restoran Haji Bujang yang terletak di tengah pekan Lundu, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meninjau sebentar di kawasan belakang kedai, di mana terdapat jambatan kayu yang dibina semasa Tun Wan Junaidi menjadi Ahli Parlimen sebagai akses penduduk sekitar kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan Satem, turut menyantuni kehadiran rombongan Tun Wan Junaidi yang datang setelah selesai memenuhi jemputan rasmi sekitar kawasan Tanjong Datu.

Sebelum berangkat, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut merakam gambar kenangan bersama tetamu dan kakitangan restoran serta menzahirkan penghargaan kepada pemilik restoran atas sajian yang enak dan layanan mesra sepanjang sesi minum pagi berlangsung.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy perkukuh komitmen pembangunan hidrokuasa lestari dan keselamatan empangan
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah lawat Pusat Latihan SALCRA Bajo di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.