Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Kalmaegi landa tengah Vietnam, sebabkan kerosakan meluas
  • GLOBAL

Taufan Kalmaegi landa tengah Vietnam, sebabkan kerosakan meluas

Utusan Sarawak 8 hours ago
OMBAK besar membadai Pantai Quy Nhon menjelang ketibaan Taufan Kalmaegi di wilayah Gia Lai, Vietnam tengah pada 6 November 2025. Menurut Jabatan Kaji Cuaca Kebangsaan, taufan itu dijangka melanda daratan di Vietnam tengah lewat 6 November, membawa ombak setinggi lapan meter (26 kaki) serta lonjakan ribut yang kuat. Foto AFP

HANOI: Taufan Kalmaegi mendarat di bahagian tengah Vietnam pada Khamis malam, membawa hujan lebat serta angin kencang yang menyebabkan kerosakan meluas, menurut portal media tempatan VNExpress, lapor Xinhua.

Taufan itu menumbangkan pokok, merosakkan bumbung dan memecahkan tingkap bangunan di beberapa kawasan. Gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan di beberapa wilayah, menjejaskan ratusan ribu isi rumah.

Sementara itu, operasi mencari tiga nelayan yang dilaporkan hilang di luar pesisir Pulau Ly Son di wilayah Quang Ngai sedang dijalankan selepas kapal mereka terbalik akibat laut bergelora, menurut VNExpress.

Pihak berkuasa tempatan berkata pasukan penyelamat menerima banyak panggilan kecemasan daripada penduduk yang melaporkan kejadian bumbung rumah runtuh dan banjir, manakala angin kencang menghalang usaha tindak balas segera.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Filipina isytihar darurat ketika angka korban meningkat kepada 114
Next: Agensi PBB: Taufan Melissa tinggalkan hampir 5 juta tan sisa di barat Jamaica

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.