Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masyarakat diingat sentiasa peka terhadap amaran cuaca, keselamatan 
  • TEMPATAN

Masyarakat diingat sentiasa peka terhadap amaran cuaca, keselamatan 

Utusan Sarawak 10 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam dan Iskandar menyerahkan Kad Kenyalang Emas (KGC) kepada salah seorang penerima semasa Program Latihan dan Simulasi Pengurusan Bencana PPS Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Dewan Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu hari ini.

BINTULU: Masyarakat khususnya komuniti pesisir dan nelayan diingatkan agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca serta mematuhi nasihat pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini ketika berlakunya ribut atau keadaan laut bergelora.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, tahap kepekaan masyarakat terhadap maklumat semasa sangat penting terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti perairan yang berisiko tinggi semasa cuaca buruk.

Menurut beliau, ketua masyarakat dan persatuan nelayan memainkan peranan besar dalam memastikan ahli komuniti sentiasa dimaklumkan tentang amaran cuaca, selain membantu menasihati mereka agar tidak turun ke laut ketika keadaan tidak selamat.

“Saya minta kepada semua ketua masyarakat, kalau ada televisyen, lihatlah berita semasa. 

“Kalau berlaku ribut, persatuan nelayan mesti peka dan mengingatkan ahli supaya berhati-hati atau jangan turun ke laut.

“Saya pun baru terima maklumat pagi tadi ada kapal tenggelam di perairan Kidurong dan usaha mencari sedang dilakukan,” katanya.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee berucap pada Program Latihan dan Simulasi Pengurusan Bencana PPS Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Dewan Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu hari ini.

Beliau berkata demikian pada Program Latihan dan Simulasi Pengurusan Bencana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang berlangsung di Dewan Balai Raya Kampung Jepak, di sini.

Iskandar turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dalam penganjuran program tersebut yang disifatkannya sebagai platform penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana di peringkat bahagian Bintulu.

Program berkenaan menghimpunkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerjasama mantap antara agensi penentu kecekapan pengurusan bencana di Sarawak
Next: Dua mangsa hilang selepas bot karam di perairan Kampung Pueh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.