Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • airBaltic ubah jadual penerbangan berikutan gangguan belon di Lithuania
  • GLOBAL

airBaltic ubah jadual penerbangan berikutan gangguan belon di Lithuania

Utusan Sarawak 9 hours ago
airBaltic akan melaksanakan perubahan masa ketibaan bagi dua penerbangan dari Vilnius mulai 20 November 2025.


VILNIUS: Syarikat penerbangan Latvia, airBaltic akan mengawalkan waktu berlepas bagi dua penerbangan mulai 20 November susulan beberapa insiden melibatkan belon digunakan untuk  penyeludupan yang menjejaskan operasi di lapangan terbang Lithuania, lapor Xinhua. 

Jurucakap syarikat itu memberitahu Baltic News Service (BNS) pada Rabu bahawa keputusan berkenaan diambil bagi mengurangkan risiko operasi serta memastikan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai.

BELON yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Vilnius, memaksa airBaltic mengubah jadual penerbangan bagi memastikan keselamatan penumpang.

Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, operasi di Lapangan Terbang Vilnius telah beberapa kali digantung, manakala Lapangan Terbang Kaunas turut terjejas sekali, berikutan penampakan belon penyeludupan yang menjejaskan lebih 160 penerbangan serta lebih 22,000 penumpang. Kebanyakan gangguan berlaku pada waktu malam, khususnya selepas pukul 8 malam waktu tempatan.

Mulai 20 Nov, penerbangan dari Krakow akan tiba di Lapangan Terbang Vilnius pada 5.40 petang waktu tempatan – berbanding selepas tengah malam ketika ini – manakala penerbangan dari Munich akan tiba pada 6.55 petang, lebih awal daripada jadual asal 10.15 malam.

Sekatan ruang udara di lapangan terbang Lithuania telah menjejaskan kira-kira 20 penerbangan airBaltic dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut syarikat itu kepada BNS.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 12 maut dalam nahas pesawat kargo UPS di Kentucky
Next: Trump akui keputusan pilihan raya buruk bagi Republikan selepas kemenangan Mamdani

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.