Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • AGC rayuan terhadap keputusan mahkamah kes kehilangan Amri Che Mat, Raymond Koh
  • MAHKAMAH

AGC rayuan terhadap keputusan mahkamah kes kehilangan Amri Che Mat, Raymond Koh

Utusan Sarawak 11 hours ago
AGC memaklumkan bahawa notis rayuan itu berkaitan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Tiang Joo yang memutuskan bahawa pihak polis dan kerajaan bertanggungjawab terhadap kehilangan dua individu tersebut.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berhubung kes kehilangan aktivis Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh. 

Dalam dua kenyataan berasingan hari ini, AGC memaklumkan bahawa notis rayuan itu berkaitan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Tiang Joo yang memutuskan bahawa pihak polis dan kerajaan bertanggungjawab terhadap kehilangan dua individu tersebut.

“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Tinggi, jabatan ini akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut,” menurut kenyataan berkenaan.

Amri dilaporkan hilang pada 24 November 2016 manakala Koh pada 13 Februari 2017.

Semalam, mahkamah memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM3,264,457.52 berserta kos dan faedah kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin.

Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar lebih RM37 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan saman yang difailkan oleh kedua-dua wanita itu terhadap kerajaan dan polis berhubung kehilangan suami masing-masing.- Bernama

Continue Reading

Previous: Saksi tawar diri cari diari Zara Qairina, sempat belek sebelum serah kepada guru
Next: Dua lelaki di Kuching didenda RM50,000 kerana curi elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.