Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sunway tinjau pilihan pelaburan strategik
  • BISNES

Sunway tinjau pilihan pelaburan strategik

Utusan Sarawak 5 years ago
SUNWAY dilaporkan merancang menjual gabungan saham lama dan baharu mewakili 20-24 peratus kepentingan dalam Sunway Medical Centre Bhd.

KUALA LUMPUR: Sunway Bhd mengesahkan telah melantik Maybank Investment Bank Bhd untuk meneroka pilihan pelaburan strategik bagi portfolio penjagaan kesihatannya.

Syarikat itu berkata, langkah berkenaan seiring dengan objektif untuk meningkatkan nilai pemegang saham dengan meneroka dan menilai pelbagai pilihan untuk perniagaan.

Syarikat itu menjelaskan mengenai dua laporan berita bertajuk ‘“Sunway said to pick Maybank on US$250 million healthcare unit stake sale” yang diterbitkan pada 3 September, dan ‘Sunway picks Maybank to help RM1 billion healthcare unit stake sale” pada 4 September.

“Sekiranya terdapat sebarang perkembangan lain, syarikat akan membuat pengumuman sewajarnya, selaras Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd,” kata Sunway dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Sunway dilaporkan merancang untuk menjual gabungan saham lama dan baharu mewakili 20-24 peratus kepentingan dalam Sunway Medical Centre Bhd, dan menurut sumber telah mencapai kepada pembida yang berpotensi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Libatankan belia dalam industri pertanian
Next: Pembayaran gaji menerusi e-wallet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.