Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PUSAKA terus teguh berintegriti, lestari memacu industri
  • TEMPATAN

PUSAKA terus teguh berintegriti, lestari memacu industri

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Len Talif Salleh berucap mewakili  Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada Majlis Sambutan Hari Integriti PUSAKA 2025 di Dewan Seminar, PUSAKA, Kuching.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menggesa warga Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) untuk terus memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus dalam setiap aspek pengurusan organisasi.

Beliau berkata, nilai integriti, ketelusan, keadilan dan akauntabiliti perlu dijadikan tunjang kepada semua tindakan agar PUSAKA kekal sebagai agensi contoh dalam sektor awam negeri.

“Pengurusan berintegriti bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan penting dalam memastikan organisasi bebas daripada rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA, Dato’ Len Talif Salleh sempena sambutan Hari Integriti PUSAKA 2025 di Dewan Seminar, PUSAKA, di sini hari ini.

SESI Penyerahan Sijil MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) di Majlis Sambutan Hari Integriti PUSAKA 2025 di Dewan Seminar, PUSAKA, Kuching.

Beliau mengucapkan tahniah kepada PUSAKA atas penganjuran sambutan tahunan itu yang menjadi platform untuk memperkukuh komitmen terhadap integriti dan tatakelola cemerlang.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas kejayaan PUSAKA meraih Anugerah Emas Sektor Awam pada Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 yang diadakan di Putrajaya.

“Daripada 131 sektor awam, 71 sektor swasta dan 16 agensi kerajaan Sarawak yang bertanding, PUSAKA merupakan satu-satunya penerima Anugerah Emas dari Sarawak tahun ini.

“Kejayaan itu membuktikan komitmen tinggi PUSAKA terhadap pelaksanaan budaya kerja berintegriti dan berasaskan amalan terbaik serta piawaian antarabangsa.

“Integriti bukan sekadar slogan tetapi cerminan jati diri, manakala tatakelola adalah asas kepercayaan rakyat,” jelasnya.

RAKAMAN gambar kenangan bersama tetamu yang turut hadir di Majlis Sambutan Hari Integriti PUSAKA 2025 di Dewan Seminar, PUSAKA, Kuching.

Mengulas lanjut, usaha pengukuhan integriti tidak boleh bersifat kosmetik semata-mata tetapi perlu diterapkan dalam setiap lapisan organisasi secara menyeluruh.

Datuk Amar Awang Tengah turut menggesa agar penjawat awam menanam tiga komitmen utama iaitu tiada toleransi terhadap rasuah, mengutamakan ketelusan dan bertanggungjawab terhadap setiap tindakan.

Beliau yakin semangat tema ‘Teguh Berintegriti, Lestari Memacu Industri’ akan menjadi panduan kepada seluruh warga PUSAKA dalam mengurus sumber dan industri secara bertanggungjawab, etika dan mampan demi kemakmuran Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: MTUC Sarawak sokong pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017
Next: Industri digesa main peranan aktif perkasa tenaga kerja tempatan hadapi IR4.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.