Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek infrastruktur DUN Krian terus digarap demi keselesaan rakyat 
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek infrastruktur DUN Krian terus digarap demi keselesaan rakyat 

Utusan Sarawak 17 hours ago
 MAJLIS penyerahan tapak projek BDDA yang dilakukan oleh Pusat Khidmat ADUN Krian bersama agensi pelaksana dan pihak kontraktor, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian bakal menikmati kemudahan infrastruktur yang lebih baik hasil pelaksanaan beberapa projek baharu di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, berkata beberapa projek telah diserahkan kepada kontraktor untuk dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong dan Pusat Khidmat DUN Krian.

Antara projek berkenaan ialah projek menembok dan merata tanah depan Rumah Ramli, Sungai Berangan Tengah, Sebetan serta projek merata tapak rumah baharu dan sistem perparitan di Rumah Fada @Melisa, Babang Krian Saratok.

“Kedua-dua projek berkenaan yang bernilai hampir RM400,000 itu adalah sebahagian dari peruntukan sebanyak RM200 juta setiap ADUN daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepanjang penggal yang mewakili suara rakyat kawasan DUN di Bahagian Betong termasuk di Krian,” jelas beliau.

Pada sebelah petang, wakil Pusat Khidmat DUN Krian, Riza Nalang, turut hadir pada majlis penyerahan projek siap Dewan Serbaguna Babas Mali, Rumah Sigat, Sungai Brangan Sebetan, bernilai RM250,000, yang dilaksanakan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2023.

Projek berkenaan yang dilaksanakan melalui kaedah cabut undi telah siap sepenuhnya dan kini boleh digunakan oleh penduduk rumah panjang serta komuniti berdekatan.

Friday menegaskan, pelaksanaan projek seperti ini menunjukkan komitmen kerajaan GPS dalam memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar terus diperkasa melalui penyediaan kemudahan asas yang berkualiti.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok bersama pihak kontraktor pelaksana.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kompleks Islam Sri Aman bakal dirasmikan Premier Sarawak 20 Disember depan
Next: BBP Bintangor anjur pertandingan memancing sempena Pesta Meradong 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.