Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semangat solidariti teras keharmonian dan kemajuan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Semangat solidariti teras keharmonian dan kemajuan masyarakat

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie pada Program Randau Solidariti Komuniti yang diadakan di Rumah Mordi, Keranggas Pantu, hari ini. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

PANTU: Semangat solidariti dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum perlu terus diperkukuh bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran negara kekal utuh.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, semangat ini harus bermula dari peringkat akar umbi kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, kaum, etnik, agama dan kepercayaan.

“Perpaduan dan solidariti merupakan asas kepada kestabilan dan keharmonian yang membawa kepada kemakmuran serta kemajuan,” katanya ketika berucap pada Program Randau Solidariti Komuniti yang diadakan di Rumah Mordi, Keranggas Pantu, hari ini.

Doris menegaskan, apabila masyarakat bersatu dalam kepelbagaian dengan menegakkan rasa saling hormat serta mengamalkan empati, maka suasana aman dan harmoni dapat diwujudkan.

Menurutnya, Sarawak merupakan contoh terbaik konsep ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’ dengan lebih 28 kumpulan etnik yang hidup bersama secara aman walaupun berbeza agama dan budaya.

“Keharmonian ini wujud hasil daripada rasa hormat, toleransi dan persefahaman yang tinggi.

“Di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus makmur dan maju berasaskan landasan ini,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Wanita, Pembangunan Awal Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) atas penganjuran program tersebut, serta berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang memberi kerjasama dan sokongan padu.

Menutup ucapannya, Doris berkongsi petikan indah yang menggambarkan kekuatan perpaduan;

“Secara individu, kita hanyalah setitis air. Tetapi bersama-sama, kita adalah lautan.” – R. Satoro.

Antara yang hadir ialah wakil KPWK Mohd Syahrulnizan, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Charlie Keling, Pegawai Daerah Pantu Raca Mulong, para pemimpin setempat, wakil agensi kerajaan serta para Tuai Rumah dari seluruh Daerah Pantu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek lorong pejalan kaki Rumah Lindong siap sebelum hujung tahun
Next: IPD Lubok Antu terus giat Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah, Operasi Tapis Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.