Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Uggah tegaskan kepentingan penyelarasan projek infrastruktur
  • Tengah
  • WILAYAH

Uggah tegaskan kepentingan penyelarasan projek infrastruktur

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa lawatan kerja ringkasnya ke Spaoh dan turut melakukan kunjungan ke majlis perkahwinan di Kampung Melayu Spaoh, hari ini. Foto: Ukas

SPAOH: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meneruskan komitmennya terhadap kemajuan kawasan luar bandar dengan meninjau pelaksanaan beberapa projek infrastruktur serta menghadiri program kemasyarakatan di sekitar Spaoh, hari ini.

Dalam lawatan kerja ringkas tersebut, Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak menerima taklimat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong serta Majlis Daerah Betong di Rumah Rehat Kerajaan Pejabat Sub Daerah Spaoh mengenai status pelaksanaan projek-projek semasa dan perancangan pembangunan akan datang.

Beliau menegaskan kepentingan penyelarasan rapat antara agensi pelaksana bagi memastikan setiap projek disampaikan dengan berkesan serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Penyelarasan yang kukuh antara agensi kerajaan amat penting agar tidak berlaku pertindihan dan supaya rakyat dapat menikmati hasil pembangunan dengan lebih cepat,” katanya semasa sesi perbincangan bersama pegawai pelaksana.

Selain meninjau projek-projek di lapangan, Uggah turut meluangkan masa menghadiri sesi latihan badminton anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban di Kompleks Sukan Spaoh yang dikendalikan oleh Akademi Badminton Ant dengan penyertaan pelajar sekolah dari kawasan sekitar.

Beliau kemudian menghadiri Mesyuarat Cawangan Pergerakan Wanita PBB Bukit Saban di Pusat Khidmat Bukit Saban, di mana beliau menzahirkan penghargaan terhadap semangat dan penglibatan aktif wanita dalam pembangunan komuniti setempat.

Lawatan kerja itu diakhiri dengan kehadiran beliau di majlis perkahwinan di Kampung Melayu Spaoh, simbol keakraban dan hubungan mesra beliau dengan masyarakat tempatan yang sentiasa disokong oleh kepimpinan akar umbi.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Mapong; Setiausaha Majlis Daerah Betong, Lister Clement Guwie; Jurutera JPS Bahagian Betong, Mazolizam Mohamad serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sri Aman bakal jadi tumpuan peminat kraftangan dengan pembinaan bangunan Industri Kotej baharu
Next: Transformasi Batu Kawa dorong kenaikan nilai hartanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.