Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Kanowit rai kepelbagaian budaya, eratkan silaturahim masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Kanowit rai kepelbagaian budaya, eratkan silaturahim masyarakat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TERIMA KASIH…Jacqueline August (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Anyi Jana pada Majlis Perasmian Pesta Kanowit 2025 di Kanowit, hari ini.

KANOWIT: Pesta Kanowit bukan sekadar acara hiburan, sebaliknya menjadi simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di daerah ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana.

Menurutnya, pesta berkenaan menonjolkan keindahan budaya tempatan dalam suasana penuh kemesraan dan kegembiraan, sekali gus merapatkan hubungan silaturahim antara semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan usia.

“Melalui pesta ini, kita dapat menyaksikan keunikan budaya dan semangat kebersamaan rakyat yang menjadi tunjang kepada kemajuan negeri dan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kanowit 2025 di sini, hari ini.

Pelbagai aktiviti menarik disusun sempena pesta tersebut termasuk Perlumbaan Powerboat, Pertandingan Bot Kawalan Jauh (RC Boat), Aerobik Perpaduan, Larian Santai, pertandingan memancing dan Pertandingan Ratu Kanowit.

Anyi berkata, penyertaan belia dalam acara seperti ini amat digalakkan kerana ia dapat mengasah kemahiran teknikal dan kreatif yang boleh dijadikan aset berharga untuk masa depan.

“Lebih membanggakan, acara tahun ini turut menarik penyertaan peserta dari negara jiran, menandakan hubungan baik serantau serta potensi Kanowit sebagai destinasi pelancongan,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan Pesta Kanowit sebagai platform penting dalam merancakkan ekonomi setempat dengan membuka peluang kepada usahawan dan peniaga kecil mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka.

UNTUK ALBUM…Anyi Jana (duduk tengah) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Perasmian Pesta Kanowit 2025 di Kanowit hari ini.

“Kehadiran ribuan pengunjung setiap tahun bukan sahaja menghidupkan suasana bandar, malah memberi kesan positif terhadap ekonomi mikro yang menjadi nadi utama rakyat,” katanya.

Anyi turut menzahirkan harapan agar Pesta Kanowit terus diperkasakan dan dijadikan acara tahunan berskala lebih besar dengan perancangan strategik dan peningkatan kualiti program bagi menarik pelancong dalam dan luar negara.

“Pesta Kanowit jelas membuktikan keberkesanannya sebagai platform perpaduan dan kerjasama komuniti. Saya harap nilai-nilai seperti perpaduan dan bekerjasama bukan sekadar disebut, tetapi benar-benar dipraktikkan,” tegasnya.

Beliau menggesa semua pihak termasuk kerajaan, sektor swasta dan masyarakat untuk terus berganding bahu memastikan penganjuran pesta seperti ini kekal menjadi lambang semangat toleransi, hormat-menghormati dan saling membantu antara satu sama lain.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong, Pegawai Daerah Kanowit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Pesta Kanowit 2025, Jacqueline August, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Mohamad Azfan Mohd Amir serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Program khidmat nasihat undang-undang percuma dekati rakyat Miri
Next: Pendekatan lestari pacu pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.