Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pendaratan cemas pesawat JetBlue di Tampa, 15 penumpang cedera
  • GLOBAL

Pendaratan cemas pesawat JetBlue di Tampa, 15 penumpang cedera

Utusan Sarawak Posted on 8 months ago
PESAWAT JetBlue dari Cancun ke Newark terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa, Florida.

TAMPA: Pesawat JetBlue dari Cancun ke Newark terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa, Florida selepas mengalami masalah pada sistem kawalan penerbangan yang menyebabkan penurunan altitud secara mendadak.

Menurut Berita Awani, sekurang-kurangnya 15 penumpang dilaporkan cedera ringan akibat hentakan dan telah menerima rawatan perubatan.

Pasukan perubatan memeriksa semua penumpang dan anak kapal sejurus pesawat mendarat.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan sedang menyiasat punca insiden tersebut, yang dipercayai berpunca daripada masalah teknikal pada sistem kawalan pesawat.

Cuaca dilaporkan baik ketika kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

JetBlue memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas dan menegaskan komitmen untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa sepanjang proses siasatan dijalankan.

About the Author

Utusan Sarawak

Editor

View All Posts

Post navigation

Previous: Sarawak tonjolkan potensi sebagai hab penerbangan serantau di Forum Antarabangsa 2025
Next: Projek Lebuh Raya Pesisir Utara lengkapkan kesinambungan laluan darat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.