Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Penganggur dijatuhi hukuman penjara, denda selepas didapati bersalah mencabul di Kanowit
  • MAHKAMAH

Penganggur dijatuhi hukuman penjara, denda selepas didapati bersalah mencabul di Kanowit

Utusan Sarawak 14 hours ago
 PENJARA….tertuduh diiringi anggota polis setelah dijatuhi hukuman atas pertudunan mencabul kehormatan seorang pembantu kedai di Kanowit, Rabu lepas

SIBU: Seorang penganggur menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas didapati bersalah meraba dada seorang pembantu kedai di Kanowit, Rabu lalu.

Majistret Oon Kork Chern menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Sli Maringai, 51, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikah dia ditangkap, 29 Oktober 2025.

Mengikut pertuduhan, Sli didakwa mencabul kehormatan dengan meraba dada mangsa di sebuah pasaraya mini di Kanowit pada 29 Oktober 2025, sekitar 9.30 pagi.

Tertuduh didakwa dan dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman, jika sabit dengan kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 29 Oktober 2025, sekitar 9.30 pagi, mangsa sedang bekerja apabila dihampiri oleh tertuduh yang bertanya keberadaan ayah mangsa.

Selepas itu, tertuduh telah menyentuh dada sebelah kiri mangsa, menyebabkan mangsa menepis tangan tertuduh yang kemudian bertindak melarikan diri.

Perbuatan tertuduh itu turut dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di pasaraya mini tersebut.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan pada hari sama sekitar 6.20 petang, pihak polis telah menahan tertuduh di sebuah rumah panjang di Sungai Poi bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Keshava Rao Tharma Raja sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 53-year-old man faces charge over possession of obscene material
Next: Ayah tiri dijatuhi 104 tahun penjara, 18 sebatan kes rogol dua anak tiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.