Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan RM1.3 juta di Kampung Kedada atasi masalah banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan RM1.3 juta di Kampung Kedada atasi masalah banjir

Utusan Sarawak 1 day ago
TURUN PADANG…..Pegawai Pusat Khidmat Dudong turun padang mengadakan tinjauan ke projek naik taraf Jalan Kampung Kedada di Sibu semalam.

SIBU: Penduduk Kampung Kedada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong yang sering berdepan masalah banjir setiap kali hujan lebat kini boleh menarik nafas lega apabila projek menaik taraf jalan raya bernilai RM1.3 juta bakal dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek berkenaan merupakan hasil perbincangan bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Dato Sri Tiong King Sing, bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap masalah banjir yang menjejaskan kawasan tersebut.

Menurut Tiong, projek tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember depan, bukan sahaja bertujuan meningkatkan sistem saliran, malah menambah baik akses jalan utama yang sering terputus akibat banjir.

“Projek ini amat penting kerana bukan sahaja memperbaiki kemudahan asas, tetapi juga melindungi penduduk daripada risiko banjir berulang yang selama ini menjejaskan kehidupan mereka,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Pegawai Pusat Khidmatnya akan memantau perjalanan projek bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut jadual dan piawaian kualiti yang ditetapkan.

Skop kerja melibatkan penambakan jalan setebal 600 milimeter sepanjang 600 meter, baik pulih bahu jalan serta pembinaan longkang tanah.

“Usaha ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan masyarakat luar bandar menikmati infrastruktur yang lebih baik dan selamat,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Isu sekolah daif luar bandar akan dibangkitkan dalam Persidangan DUN Sarawak
Next: Taman Rimba Sebangkoi bakal dibangunkan semula sebagai destinasi ekopelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.