Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam ‘Op Tapis Khas’di Engkilili
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam ‘Op Tapis Khas’di Engkilili

Utusan Sarawak 2 days ago

DUA lelaki tempatan berusia awal 30-an ditahan polis dalam satu operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah di Pekan Engkilili semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Dua lelaki tempatan berusia awal 30-an ditahan polis dalam satu operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah di pekan Engkilili semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu hari ini, tangkapan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah menerusi ‘Op Tapis Khas’.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” kata kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

IPD Lubok Antu menegaskan pihaknya memandang serius isu penyalahgunaan dadah di kawasan pekan Engkilili dan sekitar Lubok Antu.

“Masyarakat digesa agar tidak teragak-agak menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah atau jenayah kepada pihak polis bagi membantu membanteras gejala ini,” tambah kenyataan itu.

Polis turut menegaskan bahawa operasi seumpama Op Tapis Khas akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 80 PATI ditahan dalam Ops Mahir
Next: Dua lelaki tempatan ditahan curi komponen jentolak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.