




NEW DELHI: Taufan Montha melanda pantai selatan India pada Selasa, membawa hujan lebat dan angin kencang, mengganggu penerbangan serta menenggelami kawasan rendah.
Taufan ini dijangka melintasi Andhra Pradesh sebagai taufan teruk dengan kelajuan angin antara 90 hingga 100 km/j.
Sekitar empat juta penduduk berada dalam zon berisiko, manakala sekolah ditutup dan aktiviti menangkap ikan digantung.
Puluhan ribu penduduk telah dipindahkan ke lebih 2,000 kem bantuan, dan hospital mudah alih disediakan untuk menghadapi kemungkinan kecemasan.
Tahun lalu, Taufan Remal meragut 48 nyawa di India dan 17 di Bangladesh. Saintis memberi amaran bahawa ribut kini semakin kuat akibat pemanasan global dan perubahan iklim. – AFP