Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pejalan kaki maut dilanggar Hilux di Mambong-Seratau
  • KEMALANGAN

Pejalan kaki maut dilanggar Hilux di Mambong-Seratau

Utusan Sarawak 21 hours ago

MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar.

KOTA PADAWAN: Sebuah kemalangan maut berlaku kira-kira 7.00 malam tadi di Jalan Kampung Mambong berhampiran kawasan Seratau, mengakibatkan seorang pejalan kaki meninggal dunia.

Ketua Polis Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, mengesahkan mangsa sedang menyeberang jalan ketika dilanggar sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki.

Pejalan kaki berusia 55 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan.

Polis dan paramedik yang hadir mengesahkan kematian mangsa, manakala pemandu kenderaan itu dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan cuai atau berbahaya.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu cedera parah, treler muatan minyak rempuh belakang treler baja
Next: Pemandu cedera kemalangan lori di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.