Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Jasad mangsa lelaki disambar buaya di Niah ditemui 500 meter dari lokasi kejadian
  • KEMALANGAN

Jasad mangsa lelaki disambar buaya di Niah ditemui 500 meter dari lokasi kejadian

Utusan Sarawak 1 day ago
MAYAT DITEMUI… PBT II Rary Binjie bersama anggotanya memindahkan mayat mangsa dari bot ke kenderaan untuk tindakan lanjut pihak polis. Foto BBP Batu Niah

NIAH: Jasad Muhlis Tentra, 47, mangsa lelaki yang disambar buaya ganas di Ladang Tanjung Payung, Suai, Niah telah ditemui pada 4.40 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah PBT II Rary Binjie yang dihubungi 6.00 ini berkata, jarak penemuan jasad mangsa sejauh 500 meter dari lokasi mangsa disambar buaya.

Katanya, keadaan jasad yang temui mendapati sudah tidak sempurna dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah diserahkankan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sebelum kejadian sekitar 10.00 pagi tadi, mangsa yang berasal dari Makassar, Indonesia bersama beberapa rakan sekerja sedang menjalankan kerja meracun rumput di kawasan ladang berkenaan.

“Mangsa mengambil air sungai untuk diisi ke dalam tong penyembur racun, selesai mengaut air dan cuba naik ke daratan, mangsa tiba-tiba disambar buaya dari belakang. Kejadian itu disaksikan oleh rakan sekerja yang sedang menunggu di tebing sungai.

“Mangsa kemudian tenggelam diheret reptilia ganas itu ke dalam sungai,” jelasnya lagi.

MAYAT DITEMUI… PBT II Rary Binjie bersama anggotanya memindahkan mayat mangsa dari bot ke kenderaan untuk tindakan lanjut pihak polis. Foto BBP Batu Niah

Turut hadir ke lokasi kejadian ialah pasukan polis bagi mendapatkan butiran lanjut, Perpaduan Perhutanan Sarawak (FSC) dan rakan-rakan sekerja.

Tambahnya, pihak BBP Batu Niah terima panggilan kecemasan pada 11.34 pagi dan seramai enam anggota bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

MAYAT DITEMUI… PBT II Rary Binjie bersama anggotanya memindahkan mayat mangsa dari bot ke kenderaan untuk tindakan lanjut pihak polis. Foto BBP Batu Niah

Operasi SAR telah berdepan masalah komunikasi memandangkan liputan telefon di lokasi sangat lemah.

Jarak BBP Batu Niah ke lokasi sejauh 44 kilometer (km) dan operasi tamat pada 5.20 petang.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas maut dalam kemalangan dua kenderaan di Sarikei
Next: Pemandu cedera parah, treler muatan minyak rempuh belakang treler baja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.