Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MPS dinobat Perintis Bandar Pintar, perkukuh kelestarian di Sibu
  • SEMASA

MPS dinobat Perintis Bandar Pintar, perkukuh kelestarian di Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH… Pengerusi MPS, Clarence Ting (kanan) menyampaikan Anugerah Perintis Bandar Pintar kepada timbalannya, Izkandar (kiri) selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPS, di sini hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah dianugerahkan Anugerah Perintis Bandar Pintar atau Smart City Early Adopter Award oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sebagai pengiktirafan terhadap usaha MPS memacu inisiatif bandar pintar di bandar ini.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Fadillah Yusof pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 Peringkat Kebangsaan.

Anugerah ini menghargai komitmen kuat dan tindakan konkrit MPS dalam melaksanakan inisiatif bandar pintar yang meningkatkan pengurusan bandar, kelestarian serta kualiti hidup penduduk Sibu.

Bagi memenuhi syarat anugerah ini, MPS berjaya mencapai lebih 85 peratus dalam kriteria penilaian yang ditetapkan oleh PLANMalaysia.

Antara pencapaian utama termasuk menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar yang lengkap mengikut keperluan PLANMalaysia, menubuhkan Unit Bandar Pintar khusus bagi menyelaras pelaksanaan dan kerjasama serta menyediakan Mini Command Centre bagi pemantauan data masa nyata dan membuat keputusan segera.

Selain itu, MPS turut melaksanakan 10 Indikator Bandar Pintar, masing-masing menyumbang merangkumi aspek tadbir urus, alam sekitar, mobiliti, ekonomi, infrastruktur digital dan kesejahteraan rakyat.

MPS merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa tempatan di Sarawak yang menerima pengiktirafan tahun ini, bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang menerima kedua-dua Anugerah Bandar Lestari (Sustainable City Award) dan Anugerah Perintis Bandar Pintar (Smart City Early Adopter Award).

Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti sokongan terhadap usaha kerajaan negeri dalam merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) memacu Sibu ke arah bandar yang lebih pintar, hijau dan lestari.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak enggan eksport nadir bumi, mahu bangunkan industri teknologi tinggi
Next: Sarawak, Catalonia teroka kerjasama pelancongan, warisan budaya dan industri kreatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.