Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kakitangan KDN Brunei maut, seorang cedera kemalangan di Limbang
  • KEMALANGAN

Kakitangan KDN Brunei maut, seorang cedera kemalangan di Limbang

Utusan Sarawak 1 day ago
REMUK…kereta dinaiki mangsa remuk dan tersangkut pada besi penghadang jalan.  

LIMBANG: Seorang wanita kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Brunei maut, manakala rakan sekerjanya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 9, Jalan Pandaruan, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, mangsa yang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan muka.

Menurutnya, seorang lagi mangsa, lelaki berusia 22 tahun yang memandu kereta berkenaan, mengalami patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat awal, ketika kejadian sekitar 12.30 tengah hari, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Limbang menuju ke Temburong, Brunei.

“Pemandu memaklumkan bahawa dia cuba mengelak sebuah lori treler dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan.

“Perlanggaran itu menyebabkan besi penghadang menembusi cermin hadapan dan mengenai dada serta muka penumpang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 12 kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah pada 1.10 tengah hari.

Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta tersangkut pada besi penghadang jalan. Anggota bertindak memotong besi berkenaan bagi mengeluarkan dan mengalihkan kenderaan,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas cedera tersepit dalam kemalangan di Serian
Next: Pesara maut selepas kereta rempuh tiang lampu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.