Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Helikopter, jet tentera laut AS terhempas di Laut China Selatan
  • GLOBAL

Helikopter, jet tentera laut AS terhempas di Laut China Selatan

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR FAIL.. Sebuah jet pejuang F-18E berlepas dari kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford ketika ia belayar semasa latihan NATO Neptune Strike 2025 pada 24 September 2025 di Laut Utara. Washington sedang menghantar kumpulan serangan kapal pengangkut pesawat bagi membanteras organisasi pengedaran dadah di Amerika Latin, menurut kenyataan Pentagon pada 24 Oktober 2025, menandakan peningkatan besar dalam kekuatan ketenteraan AS di rantau tersebut. Foto APF

WASHINGTON, Amerika Syarikat: Dua pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas di Laut China Selatan dalam insiden berasingan semalam, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kemalangan pertama melibatkan helikopter MH-60R Sea Hawk, yang terhempas semasa menjalankan operasi rutin dari kapal pengangkut pesawat USS Nimitz, menurut kenyataan Armada Pasifik Tentera Laut AS. Semua tiga kru helikopter berjaya diselamatkan.

Kira-kira 30 minit kemudian, sebuah jet pejuang Boeing F/A-18F Super Hornet turut terhempas ketika operasi rutin dari kapal yang sama. Kedua-dua juruterbang pesawat itu selamat selepas menggunakan kerusi anjal dan diselamatkan.

Tentera Laut AS memaklumkan bahawa semua anggota berada dalam keadaan stabil dan punca insiden sedang disiasat.

Kejadian berlaku ketika Presiden AS Donald Trump berada di Asia bagi lawatan rasmi pertamanya dalam penggal kedua, manakala Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth dijadual memulakan lawatan ke beberapa negara di rantau itu.

Awal tahun ini, dua pesawat tentera AS turut terjatuh dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman semasa operasi di Timur Tengah. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lapangan Terbang Vilnius ditutup lagi akibat belon cuaca dari Belarus
Next: Gempa bumi 6.3 magnitud landa Nusa Tenggara Timur, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.