Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 100 penyiasat untuk kes rompakan Muzium Louvre – Pendakwa Raya
  • GLOBAL

Lebih 100 penyiasat untuk kes rompakan Muzium Louvre – Pendakwa Raya

Utusan Sarawak 5 hours ago
Seorang pengawal keselamatan berdiri di hadapan Pyramide du Louvre, direka oleh arkitek Cina-Amerika Leoh Ming Pei, dengan latar belakang Muzium Louvre di Paris pada 22 Oktober 2025. Muzium Louvre dibuka semula kepada pengunjung pada pagi 22 Oktober 2025 buat pertama kali sejak rompakan spektakular pada 19 Oktober 2025 oleh empat penjenayah, yang melarikan lapan permata bernilai dianggarkan €88 juta, lapor seorang wartawan AFP Foto AFP

MOSCOW: Lebih 100 penyiasat kini terlibat dalam siasatan kes rompakan Muzium Louvre, dengan pelbagai data sedang dianalisis bagi mengesan keberadaan penjenayah, kata Pendakwa Raya Paris Laure Beccuau.

Beccuau berkata dalam temu bual bersama akhbar Perancis “Journal du Dimanche” bahawa pada peringkat awal, hanya sekitar 60 penyiasat terbabit, namun jumlah itu kini meningkat melebihi 100 orang dan mereka akan terus menjalankan siasatan selama mana yang diperlukan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pakar forensik memperoleh lebih 150 sampel bukti termasuk DNA, cap jari dan kesan fizikal lain yang kini sedang dianalisis. 

Penyiasat juga sedang meneliti rakaman kamera keselamatan bagi menentukan lokasi suspek, kata beliau.

Muzium Louvre di Paris dibuka semula kepada pengunjung pada Rabu, dua hari selepas insiden kecurian barangan kemas.

Pada 19 Okt lalu, sekumpulan pencuri memecah masuk ke muzium itu dan mencuri sembilan barang kemas daripada koleksi “Napoleon and the Empress”.

Barangan yang dicuri termasuk mahkota, subang, rantai dan kerongsang yang pernah dimiliki ratu serta maharani Perancis.

Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez berkata pencuri memecah masuk muzium melalui tingkap menggunakan tangga, memotong cermin tingkap sebelum melarikan diri menaiki skuter. 

Nunez tidak menolak kemungkinan penjenayah merupakan warga asing.

Akhbar “Le Parisien” melaporkan rompakan itu dilakukan oleh empat orang, dua daripadanya memasuki muzium.

-BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.