Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di Demak Laut
  • KEMALANGAN

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di Demak Laut

Utusan Sarawak 3 days ago
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di kawasan Perumahan Kastam Demak Laut sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kejadian dilaporkan sekitar 9.08 pagi selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan seorang individu tidak sedarkan diri di dalam kenderaan tersebut.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Gita bergegas ke lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk tujuan bedah siasat.

Menurut Alexson, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah terlibat, dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi ASP Syed Zainal Abidin Syed Ali, Ketua Balai Polis Gita di talian 019-5131156, Balai Polis Gita (082-254417), atau hadir ke balai polis berhampiran.

Alexson turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut rempuh belakang lori rosak
Next: Lelaki maut, wanita cedera parah dalam kemalangan pacuan empat roda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.