Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud landa wilayah pantai Ecuador

Facebook
WhatsApp

QUITO: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Arenillas, perbandaran di wilayah pantai El Oro, Ecuador, pada petang Selasa, menurut institut Geofizik negara itu, lapor Xinhua.

Gempa berlaku pada kedalaman 83 kilometer dan direkodkan pada 7.05 malam waktu tempatan (0005 GMT), menurut institut itu di platform media sosial X.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta dilaporkan setakat ini.

Gegaran kuat dirasai di bandar barat daya Guayaquil dan bandar lain di seluruh El Oro, yang bersempadan dengan Peru, menurut catatan penduduk di media sosial.- Bernama-Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara