Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari mahu pembangunan bandar Sarawak diintegrasi dengan elemen hijau dan lestari
  • TEMPATAN

Abang Johari mahu pembangunan bandar Sarawak diintegrasi dengan elemen hijau dan lestari

Utusan Sarawak 1 day ago
JELASKAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan Seminar Ahli-Ahli Majlis Lokalisasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa pihak berkuasa tempatan agar mengintegrasikan elemen pembangunan hijau dalam setiap perancangan bandar di negeri ini bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, bersih dan mampan.

Beliau berkata pendekatan itu termasuk menanam lebih banyak pokok di tepi jalan serta menyediakan laluan khas untuk pejalan kaki dan penunggang basikal, sebagaimana dilaksanakan di negara maju seperti Singapura.

“Setiap pelan bandar baharu perlu ada elemen hijau dan dikemukakan kepada Lembaga Perancangan Sarawak (SPA).

“Saya akan luluskan, sebab inilah cara kita wujudkan bandar yang lebih selamat, pintar dan bersih,” katanya.

SEMPURNAKAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik perasmian Seminar Ahli-Ahli Majlis Lokalisasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Ahli-Ahli Majlis Lokalisasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Abang Johari turut menegaskan bahawa kebersihan perlu dijadikan budaya bersama dan bukan semata-mata tanggungjawab pihak berkuasa tempatan.

Beliau melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat tandas awam yang kotor walaupun sering dibersihkan oleh pihak majlis, sekali gus menunjukkan bahawa isu kebersihan berpunca daripada sikap masyarakat sendiri.

“Cuba lihat tandas awam kita, walaupun DBKU sentiasa membersihkannya, tetap kotor. Ini membuktikan kebersihan bukan hanya soal penyelenggaraan, tetapi soal budaya dan cara berfikir,” katanya.

Menurutnya, kebersihan mencerminkan nilai sivik rakyat dan amat penting dalam usaha mencegah penyakit, menarik pelancong serta pelabur, selain mengekalkan imej Sarawak sebagai antara wilayah terbersih di dunia.

“Sarawak sudah pun kaya dengan nilai budaya yang baik. Apa yang perlu ialah memperkukuh semangat kebersihan, disiplin dan rasa bangga terhadap negeri sendiri,” ujarnya.

Abang Johari turut berkongsi pengalamannya melawat Shanghai pada 1988 ketika bandar itu masih kabur dan tercemar, namun kini berubah menjadi antara bandar paling bersih di dunia.

“Apabila kebersihan menjadi budaya, perubahan besar boleh berlaku. Itulah yang kita mahu capai di Sarawak,” katanya.

Walaupun Kuching sudah menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai bandar bersih, beliau berkata kerajaan negeri mahu semua bahagian termasuk Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang dan Kapit mencapai standard yang sama.

“Kita mahu seluruh Sarawak dikenali di peringkat global sebagai negeri yang bersih dan lestari. Setiap bandar perlu berusaha menjadi bandar hijau, bersih dan sihat demi kesejahteraan rakyat,” tegasnya.

Menutup ucapannya, Premier berkata usaha menjadikan Sarawak sebagai ‘Bintang Asia’ perlu disertai dengan imej negeri yang bersih, inovatif dan mampan, dari bandar besar hingga ke rumah panjang di pedalaman.

“Saya mahu semua ahli majlis terus membawa idea baharu dan berinovasi demi memacu Sarawak ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tekan kepentingan kerjasama PBT dalam pembangunan negeri
Next: Sarawak pacu transformasi digital dan hijau melalui IDECS 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.