Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Skim Imbuhan baharu untuk kaunselor, ketua masyarakat sedang dirangka – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Skim Imbuhan baharu untuk kaunselor, ketua masyarakat sedang dirangka – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 18 hours ago
JELASKAN…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan Seminar Ahli-Ahli Majlis Lokalisasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneliti skim imbuhan baharu untuk kaunselor pihak berkuasa tempatan (PBT) serta ketua masyarakat di seluruh negeri bagi memastikan kebajikan mereka lebih terjamin.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kajian yang sedang dijalankan itu bukan hanya menumpukan elaun sedia ada, tetapi turut meliputi aspek lain termasuk penjagaan kesihatan.

“Bersama kita berganding bahu untuk memberi khidmat yang baik bukan semata-mata kerana elaun, tetapi kerana niat kita untuk membangunkan negeri dan rakyat.

“Namun kerajaan juga perlu memastikan kebajikan mereka dijaga,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Seminar Ahli-Ahli Majlis Lokalisasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

SEMPURNAKAN…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik perasmian Seminar Ahli-Ahli Majlis Lokalisasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

Menurut Abang Johari, jawatankuasa khas yang ditubuhkan akan meneliti cadangan secara menyeluruh, termasuk kemungkinan kerajaan menanggung kos rawatan sekiranya golongan berkenaan mendapatkan rawatan di klinik.

Katanya, kajian itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan dan hasilnya akan digunakan sebagai panduan jangka panjang bagi memperkukuh sistem kebajikan serta penyertaan aktif pemimpin akar umbi dalam pembangunan negeri.

“Kalau ini dilaksanakan, saya percaya tuan-tuan akan terus menyumbang kepada pembangunan negeri melalui idea baharu dengan piawaian antarabangsa,” ujarnya.

Tambahnya, sambil memaklumkan bahawa Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian akan mengumumkan butiran lanjut selepas kajian selesai.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Pusat Sains Sarawak siap 80 peratus, dijangka dibuka pertengahan tahun depan – Sagah
Next: Kerajaan Sarawak tekan kepentingan kerjasama PBT dalam pembangunan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.