Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Regata Lingga 2025: Gelora tunduk, wira bangkit menghimpun semangat pahlawan sungai
  • TEMPATAN

Regata Lingga 2025: Gelora tunduk, wira bangkit menghimpun semangat pahlawan sungai

Utusan Sarawak 1 day ago
REGATA Lingga 2025 Edisi ke-3 pada 12 hingga 14 Disember 2025. Foto ADUN Lingga

LINGGA: Sungai Lingga bakal bergema semula dengan sorakan dan dentuman ombak apabila Regata Lingga 2025 kembali dengan tema penuh semangat ‘Gelora Tunduk, Wira Bangkit’.

Acara berprestij tahunan itu bakal menyaksikan ‘Pertarungan Sang Gergasi’, perlumbaan yang dinanti-nantikan antara jaguh-jaguh sungai untuk merebut gelaran Raja Segala Gergasi. 

Sang juara akan menjulang Mahkota Kemenangan serta membawa pulang hadiah tunai RM30,000, manakala gelaran Raja Sungai Lingga pula bakal diserahkan kepada pemenang dengan hadiah RM15,000 dan piala kemegahan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, Regata Lingga bukan sekadar perlumbaan perahu tetapi simbol perpaduan, keberanian dan jati diri masyarakat pesisir.

“Regata ini menguji kekuatan fizikal dan semangat juang anak-anak Lingga. Ia juga wadah memperkukuh silaturahim dan mempromosi Lingga sebagai destinasi pelancongan budaya air yang berpotensi besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa semua pasukan hulubalang dan satria sungai agar bersiap siaga menghadapi cabaran besar ini dengan semangat kesukanan dan keutuhan pasukan.

“Ingatlah pesan pusaka, ‘wira sejati pantang mundur, andainya tiada lawan’. Inilah medan membuktikan keberanian sebenar anak pertiwi,” ujar beliau lagi.

Selain perlumbaan utama, pelbagai aktiviti turut disusun bagi memeriahkan suasana termasuk pertandingan sukan rakyat, jualan makanan tempatan dan persembahan kebudayaan sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Semangat juang yang membara dan sambutan masyarakat setempat yang semakin hangat, Regata Lingga 2025 dijangka bakal menjadi antara penganjuran paling meriah dalam sejarahnya.

Ayuh, datang beramai-ramai ke Pekan Lingga pada 12 hingga 14 Disember ini, saksikan siapakah yang bakal menjulang mahkota Raja Segala Gergasi!

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PBB Bukit Saban mantapkan kesiapsiagaan ahli Uggah tekankan kesepaduan hadapi cabaran politik semasa
Next: Eksklusif: Usaha angkat semula warisan Tari Salako melalui Bengkel Totokng dan Ngoncong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.