Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM2 juta diperuntuk bagi Projek Mesra Rakyat 2025 Parlimen Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

RM2 juta diperuntuk bagi Projek Mesra Rakyat 2025 Parlimen Sarikei

Utusan Sarawak 13 hours ago
TERIMA KASIH…..Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin menyerahkan surat tawaran PMR Parlimen Sarikei kepada penerima. Foto UKAS

SARIKEI: Kerajaan Persekutuan terus berusaha memastikan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi melalui pelaksanaan pelbagai projek kecil berimpak tinggi di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) Parlimen Sarikei dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi 2025.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata sebanyak 42 projek fizikal dengan peruntukan berjumlah RM1.107 juta dan 25 projek bekalan bernilai RM893,000 akan dilaksanakan di bawah PMR 2025.

TERIMA KASIH…..Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin menyerahkan surat tawaran PMR Parlimen Sarikei kepada penerima. Foto UKAS

“Selain daripada itu, terdapat juga beberapa projek yang turut dilaksanakan. 

“Antaranya adalah projek masjid dan surau yang melibatkan tujuh projek dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Seterusnya, tiga projek pembaikan infrastruktur akibat bencana banjir di institusi pendidikan telah diluluskan dengan kos keseluruhan sebanyak RM240,000,” katanya. 

Tiong Sii berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakil beliau iaitu Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin di majlis serahan surat tawaran PMR Parlimen Sarikei bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, baru-baru ini.

Katanya, turut dilaksanakan adalah satu projek khas di bawah dana Ihsan Madani bagi Institusi Pendidikan dengan peruntukan berjumlah RM85,000.

“Selain itu, empat projek pintar 2025 dengan peruntukan berjumlah RM540,000.

“Yang terakhir adalah enam projek solar Madani dengan kos peruntukan RM6,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.871 juta.

TERIMA KASIH…..Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin menyerahkan surat tawaran PMR Parlimen Sarikei kepada penerima. Foto UKAS

“Walaupun berskala kecil, setiap projek ini mempunyai impak besar terhadap kesejahteraan penduduk setempat,” katanya sambil menggesa semua kontraktor melaksanakan projek dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin dan menepati masa.

Tambahnya, pastikan setiap kerja yang dijalankan berkualiti, selamat dan menepati spesifikasi agensi teknikal. 

“Kerjasama antara pihak kontraktor dan komuniti amat penting untuk memastikan projek ini dapat disiapkan dengan cepat, berkualiti dan selamat digunakan,” tambahnya. 

Turut hadir Pegawai Pembangunan Zon Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Radiah Muhamad dan Pegawai Daerah Sarikei, Louis Yeo Soon Guan.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Patuhi lesen iklan, elak denda dan tindakan penguatkuasaan
Next: 25 peserta sertai Latihan Menyelamat di Air dan Laut anjuran BBP Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.