Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pembayaran FASA 4 STR 2025 diawalkan esok, sebelum perayaan Deepavali – MOF
  • NASIONAL

Pembayaran FASA 4 STR 2025 diawalkan esok, sebelum perayaan Deepavali – MOF

Utusan Sarawak 2 days ago

PUTRAJAYA:  Seramai 8.8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran Fasa 4 STR 2025 bermula esok sebelum perayaan Deepavali iaitu lebih awal berbanding jadual asal pada pertengahan November ini. 

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan bagi fasa ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion, dengan kadar bayaran sehingga RM700 yang ditetapkan mengikut kategori.

Jumlah ini turut merangkumi 200,000 pemohon baharu yang telah diluluskan bagi bayaran Fasa 4 STR, dengan penyaluran dijadualkan bermula pada 13 November ini.

“Berbanding Fasa 1 pada Januari 2025, jumlah penerima Fasa 4 meningkat sebanyak 500,000 individu dan isi rumah – daripada 8.3 juta – susulan keputusan Kerajaan MADANI untuk membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan bahawa Kerajaan MADANI akan terus membuka pendaftaran STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 sepanjang tahun agar lebih ramai rakyat berpeluang mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan sama memaklumkan bahawa tekad Kerajaan MADANI adalah untuk memastikan bantuan yang melibatkan agihan limpahan negara ini dapat dimanfaat oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

“Diharapkan penyaluran Fasa 4 STR 2025 ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kewangan menjelang sambutan Deepavali,” katanya.

 Ketika membentangkan Belanjawan MADANI Keempat pada 10 Oktober lepas, beliau berkata peruntukan keseluruhan STR dan SARA mencecah RM15 bilion bagi 2026.

Bagi penerima sedia ada, data mereka akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan bersama dengan data daripada agensi berkaitan untuk semakan kelayakan STR dan SARA 2026 mengikut syarat yang ditetapkan.

Pendekatan ini turut mengurangkan risiko keciciran dan memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasar.

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut manakala semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat melalui pautan sama.- Bernama

Continue Reading

Previous: Keselamatan pelajar tumpuan minggu pertama perbahasan
Next: Terminal feri Labuan jadi tumpuan sempena cuti Deepavali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.