Zecon meterai MoU dengan Edra Power, Neutrinos bagi pembangunan kompleks tenaga di Kuching

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MOU… Zecon Bhd memeterai memorandum persehaman (MoU) dengan Edra Power Holdings Sdn Bhd dan Neutrinos Engineering Pte Ltd, syarikat berpangkalan di Singapura bagi meneroka potensi pembangunan sebuah kompleks tenaga bersepadu dalam Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.

KUALA LUMPUR: Zecon Bhd memeterai memorandum persehaman (MoU) dengan Edra Power Holdings Sdn Bhd dan Neutrinos Engineering Pte Ltd, syarikat berpangkalan di Singapura bagi meneroka potensi pembangunan kompleks tenaga bersepadu dalam Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.

Kumpulan kejuruteraan dan pembinaan itu berkata kompleks yang dicadangkan itu merangkumi loji fotovolta solar berkapasiti 200 megawatt (MW) arus ulang-alik dan loji janakuasa tenaga turbin gas kitaran gabungan berkapasiti 500 MW.

Ketiga-tiga pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan projek tersebut dan akan memuktamadkan perjanjian induk yang lebih terperinci pada peringkat seterusnya bagi menjelaskan skop dan tanggungjawab masing-masing, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Zecon berkata kerjasama ini akan melibatkan pelaksanaan kajian teknikal yang diperlukan termasuk kajian kemungkinan awal dan kajian sistem kuasa, selain mendapatkan permit, lesen, akses tanah dan kelulusan pengawalseliaan berkaitan projek.

Ia turut merangkumi rundingan berkaitan perjanjian pembelian tenaga dan pembekalan bahan api, perolehan pelantikan kontraktor bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), serta penubuhan pasukan operasi dan penyelenggaraan

Selain itu, pihak-pihak terlibat juga akan bekerjasama dalam usaha mendapatkan pembiayaan projek, termasuk rundingan dengan bakal pembiaya serta penyediaan dokumen pembiayaan yang relevan.

MOU itu akan berkuat kuasa selama dua tahun, kecuali ditamatkan lebih awal atau digantikan dengan perjanjian yang muktamad.

Menurut Zecon, MoU itu tidak akan memberi sebarang kepada pendapatan sesaham, aset bersih, tahap kadar hutang atau modal saham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025.

-Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan jangkaan pelabur terhadap anggaran awal Keluaran Dalam Negara

Tubuh sihat, akal cerdas

ISLAM merupakan agama yang amat menitikberatkan keseimbangan antara perkembangan rohani, jasmani dan akal. Tubuh badan yang sihat bukan sahaja membantu