Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDDA tinjau keperluan naik taraf menara telekomunikasi
  • Tengah
  • WILAYAH

BDDA tinjau keperluan naik taraf menara telekomunikasi

Utusan Sarawak 5 days ago
MOHAMAD Duri serta bersama agensi berkaitan mengadakan lawatan kerja ke Menara Telekomunikasi Pekan Kabong bagi meninjau keperluan naik taraf infrastruktur komunikasi di kawasan tersebut, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

KABONG: Jawatankuasa Sektor Utiliti dan Telekomunikasi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) mengadakan lawatan kerja ke Menara Telekomunikasi Pekan Kabong bagi meninjau keperluan naik taraf infrastruktur komunikasi di kawasan tersebut, kelmarin.

Pengerusinya, Mohamad Duri berkata, program berkenaan bertujuan mengenal pasti beberapa kerja penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pihak terlibat bagi memastikan mutu perkhidmatan komunikasi dan capaian internet yang lebih baik untuk penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dan DUN Kalaka.

“Lawatan ini penting untuk menilai keadaan sebenar menara serta mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Lawatan itu disertai oleh wakil daripada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) (SMA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Sarawak Energy Berhad (SEB), Telekom Malaysia, SACOFA, CelcomDigi, U Mobile dan Maxis.

Menurut Mohamad Duri, usaha menaik taraf kemudahan telekomunikasi ini sejajar dengan komitmen kerajaan negeri melalui BDDA untuk memperkukuh infrastruktur digital dan memperluas capaian rangkaian di kawasan luar bandar.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi amat penting dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan komunikasi moden yang berkualiti dan stabil.

Turut hadir pada lawatan tersebut, Dr. Dayang Suhaila bersama urusetia BDDA.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Karnival Sukan dan Ko-Kurikulum Kolej Tingkatan Enam himpun 900 peserta di Saratok
Next: Ular sawa ceroboh reban ayam berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.