Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik sewa
  • KEMALANGAN

Wanita ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik sewa

Utusan Sarawak 16 hours ago
WANITA ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik sewanya di Pusat Komersial Shahida, Bintulu hari ini. Foto JBPM Sarawak

BINTULU: Seorang wanita berusia 25 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas mengunci diri di dalam bilik sewanya di Pusat Komersial Shahida, Jalan Court di sini, pagi tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.48 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi dengan jentera penyelamat kebakaran (FRT) dan unit perkhidmatan penyelamat perubatan kecemasan (EMRS).

ANGGOTA bomba meletakkan wanita yang ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik sewanya ke atas pengusung sebelum dibawa ke Hospital Bintulu, hari ini. Foto JBPM Sarawak

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu bilik yang berkunci dari dalam sebelum menemukan seorang wanita tidak sedarkan diri di belakang pintu.

“Pasukan kemudian mengangkat mangsa menggunakan pengusung dan menghantarnya ke Hospital Bintulu menggunakan jentera EMRS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada10.08 pagi selepas keadaan disahkan terkawal.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Road accident claims life of 61-year-old woman near Kampung Sepadah
Next: Lelaki cedera, tersepit selepas kenderaan terbabas dan langgar pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.