Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Senaman berkala bantu cegah kanser payudara – Dr. Aminnur
  • KESIHATAN

Senaman berkala bantu cegah kanser payudara – Dr. Aminnur

Utusan Sarawak 1 day ago
CERIA….Peserta Larian Pinktober Hydro Splash 2025 ceria berlari sambil menyokong kempen kesedaran kanser payudara anjuran Jabatan Pembedahan Am Hospital Miri dan Persatuan Pembedahan Miri.
 

MIRI: Amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan senaman berkala mampu menjadi benteng awal dalam pencegahan kanser payudara, kata Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Miri, Dr. Aminnur Hafiz Maliki.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Larian Pinktober Hydro Splash 2025 yang berlangsung di Taman Bulatan, di sini hari ini.

CERIA….Peserta Larian Pinktober Hydro Splash 2025 ceria berlari sambil menyokong kempen kesedaran kanser payudara anjuran Jabatan Pembedahan Am Hospital Miri dan Persatuan Pembedahan Miri.

Menurutnya, program seumpama ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya kanser payudara, di samping menekankan kepentingan saringan dan rawatan awal.

“Program ini bukan sekadar acara larian, tetapi simbol usaha bersama membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

CERIA….Peserta Larian Pinktober Hydro Splash 2025 ceria berlari sambil menyokong kempen kesedaran kanser payudara anjuran Jabatan Pembedahan Am Hospital Miri dan Persatuan Pembedahan Miri.

Dr. Aminnur turut memaklumkan bahawa kajian menunjukkan gaya hidup aktif bukan sahaja mengurangkan risiko mendapat kanser, malah bagi bekas pesakit, senaman secara konsisten mampu menurunkan risiko berulangnya kanser payudara sehingga 22 peratus.

Beliau turut memetik saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan setiap individu melakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman ringan setiap minggu, bersamaan 30 minit sehari selama lima hari, demi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penganjuran program ini dan berharap usaha sebegini dapat diteruskan sebagai platform meningkatkan kesedaran awam terhadap penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit.

Acara anjuran Jabatan Pembedahan Am Hospital Miri dan Persatuan Pembedahan Miri itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Sokongan Kanser Payudara Miri (PERSOPAM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Penularan Influenza A: Tabika,Tadika KEMAS di Sarawak beroperasi seperti biasa tiada arahan penutupan
Next: Unit Kardiak Hospital Bintulu permudah akses rawatan jantung di kawasan tengah Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.