Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Meradong 2025: Platform jana pendapatan peniaga kecil, 1-16 November ini
  • TEMPATAN

Pesta Meradong 2025: Platform jana pendapatan peniaga kecil, 1-16 November ini

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK ALBUM… ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Setiausaha MDMJ, Lau Chi Sing serta ahli-ahli Jawatankuasa Induk Pesta Meradong 2025. Foto Earl Anek

BINTANGOR: Pesta jualan sempena Pesta Meradong 2025 dijadualkan bermula pada 1 hingga 16 November ini, manakala program-program utama bermula pada 8 hingga 16 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata lebih kurang 120 gerai akan menyertai pesta jualan sepanjang Pesta Meradong 2025 dijalankan.

“Ia termasuk gerai makanan, minuman, pakaian tradisional dan sebagainya. Program-program utama Pesta Meradong bermula 8 hingga 16 November ini.

“Saya harap melalui aktiviti-aktiviti ini, kita boleh membantu peniaga kecil-kecilan di Meradong dari segi ekonomi iaitu menjana pendapatan untuk keluarga melalui jualan di gerai-gerai mereka di Pesta Meradong 2025,” katanya.

MESYUARAT…. Mesyuarat penyelarasan Jawatankuasa Induk Pesta Meradong 2025 Bil.3/2025 bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Meradong, hari ini. Foto Earl Anek

Kuong Hiing berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk Pesta Meradong 2025 Bil.3/2025 bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Meradong, hari ini. 

Sementara itu, beliau berkata berkenaan mesyuarat keselamatan trafik dan lalu lintas Daerah Meradong yang diadakan pada sesi pagi, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong mencadangkan beberapa kawasan yang perlu dinaik taraf kemudahan infrastruktur dari segi lampu jalan dan papan tanda bagi keselamatan pengguna jalan raya. 

“Ia termasuk di Jalan Kelupu Batu 1, Jalan Kelupu Batu 11, Skim B dan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Kami telah mengenalpasti kawasan-kawasan ini dan kami akan berbincang dengan pihak-pihak berkaitan, terutamanya pihak Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur termasuk lampu jalan, jalur rentas kuning dan papan-papan tanda yang sesuai untuk menambah baik keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. 

TEMU BUAL… Datuk Ding Kuong Hiing ditemui media selepas mesyuarat penyelarasan Jawatankuasa Induk Pesta Meradong 2025 Bil.3/2025. Foto Earl Anek

Tambahnya, semasa mesyuarat tersebut, pihak polis juga memberitahu bahawa terdapat motosikal berlumba haram di beberapa bahagian jalan di Lebuh Raya Pan Borneo. 

“Pihak polis mencadangkan kepada kami supaya syarikat Lebuh Raya Pan Borneo membuat jalur rentas kuning bagi mengurangkan kelajuan motosikal.

“Jadi, harap ia dapat menghalang mereka berlumba haram di kawasan tersebut,” katanya.

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Setiausaha MDMJ, Lau Chi Sing. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tabung Haji serah RM1.92 juta zakat perniagaan kepada Tabung Baitulmal Sarawak
Next: Program Amal Deepavali 2025, semarak semangat perpaduan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.